Dr M: Hudud PAS Akan Beri Kesan Kepada Bukan Islam

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Hudud versi PAS tidak membawa keadilan yang sewajarnya kerana ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bukan Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Hudud yang mereka mahu laksanakan adalah 'hudud PAS' dan ia bertentangan dengan hudud dalam Islam, kerana Islam menekankan keadilan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata undang-undang jenayah Islam akan membawa kepada ketidakadilan jika ia hanya memberi kesan kepada umat Islam.

"Jika seorang muslim telah ditangkap kerana mencuri, tangannya akan dipotong, tetapi orang bukan Islam hanya akan dipenjarakan selama dua bulan.

"Hudud sepatutnya untuk keseluruhan rakyat, tetapi ia tidak boleh dijalankan di sini kerana orang Islam hanya membentuk 60 peratus daripada penduduk dan 40 peratus lagi adalah bukan Islam.

"Ia hanya boleh berlaku adil jika negara ini 100 peratus muslim," katanya.

Dr Mahathir menasihatkan rakyat supaya tidak membazirkan undi mereka kepada PAS kerana parti Islam itu "pasti akan kalah".

Tags / Kata Kunci: Hudud , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan