Dr M Ziarah Veteran Umno

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Ia adalah perjumpaan memilukan bagi dua veteran Umno yang tidak pernah bertemu antara satu sama lain selama beberapa dekad.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi bekas Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Abdul Shukur Siraj di rumahnya di Pekan Selasa di sini pada Sabtu.

Abdul Shukur yang kini terlantar selepas diserang strok adalah bapa kepada Azhar Abdul Shukur - calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Dr Mahathir meluangkan masa kira-kira lima minit bersama Abdul Shukur yang kini berusia 82 tahun.

Abdul Shukur tidak bercakap namun sesekali dilihat tersenyum.

"Dia tidak boleh bangun, tetapi dia masih ingat segala-galanya dan semua orang," isteri Abdul Shukur, Datin Dzan Mansor memberitahu Dr Mahathir.

Abdul Shukur adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang sejak 1978 hingga 1982 dan Adun Sungai Burong selama dua penggal iaitu daripada 1982 hingga 1990.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan