TTI Tawar Pakej Buka Puasa Atas Feri Sambil Menyusuri Sungai Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bagi meraikan kedatangan Ramadan, kerajaan negeri Terengganu melalui Taman Tamadun Islam (TTI) kini menawarkan Pakej Bufet Ramadan yang menyajikan lebih daripada 70 hidangan istimewa setiap hari bermula Rabu lalu hingga 3 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata lebih istimewa, orang ramai boleh memilih untuk berbuka puasa di tiga lokasi berbeza mengikut pakej yang diperkenalkan TTI.

"Bagi mereka yang inginkan kelainan, boleh merasai pengalaman berbuka puasa di atas feri (Crytsal Cruise) sambil dibawa menyusuri Sungai Terengganu.

"Pakej berbuka di atas feri ini dibuka untuk tempahan secara berkumpulan iaitu minima untuk 30 orang.

"Feri yang mampu memuatkan 50 hingga 60 orang ini akan mula bergerak dari Jeti Tok Ku Paloh, pada pukul 6.30 petang dan menyusuri Sungai Terengganu sambil menikmati alam sekeliling sehingga dibawa ke Shahbandar sebelum tembakan meriam dibunyikan untuk berbuka puasa.

"Disajikan dengan kepelbagaian hidangan dengan menu istimewa kambing bakar, pakej berbuka di atas feri ditawarkan dengan harga RM70 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Jidin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permaisuri berkata bagi warga Terengganu pula, ada diskaun menarik untuk mereka berbuka puasa di atas feri iaitu RM60 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

"Setakat ini sambutan diterima sangat menggalakkan dari jabatan dan agensi kerajaan serta swasta dan syarikat korporat yang ingin meraikan kakitangan mereka berbuka puasa dengan pengalaman istimewa di atas feri.

"Bagi yang inginkan suasana santai dan nyaman di tepi sungai, mereka boleh memilih untuk berbuka puasa di Laman Selera BBeteng sambil menikmati juadah berbuka puasa, hembusan angin dan keindahan alam semulajadi di tepi sungai.

"Bagi mereka yang inginkan tempahan secara berkumpulan dan lengkap dengan dewan berhawa dingin pula, mereka boleh memilih Pusat Konvensyen TTI dengan tawaran harga RM48 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak," katanya.

Selain itu, aktiviti di Masjid Kristal pula diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini seperti tazkirah Ramadan, talaqqi bacaan al-Quran, qiamullail dan juadah moreh disediakan untuk para jemaah, katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: TTI , feri , Ramadan , Sungai Terengganu

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan