Azlan Mahu Penjawat Awam Tingkat Integriti, Tidak Bocor Rahsia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mahu penjawat awam yang berkhidmat di Perlis meningkatkan integriti diri serta mematuhi akta rahsia berikutan banyak maklumat sulit kerajaan bocor dengan cepat. 

Katanya beliau mendapati maklumat-maklumat yang dianggap sulit diviralkan di laman sosial dan aplikasi WhatsApp dengan pantas selepas sesuatu mesyuarat atau keputusan dibuat. 

"Saya mendapat maklumat ada juga perkara-perkara yang belum dibincangkan tetapi telah dibincangkan di media sosial. Perkara sebegini harus dihentikan,"katanya semasa mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan negeri Perlis yang pertama tahun ini di sini, Jumaat. 

Menteri Besar itu memberi contoh pengubahsuaian fasa pertama Masjid Negeri Syed Alwi di Kangar belum siap tetapi perancangan fasa kedua yang belum dibincangkan sudah disebarkan dalam laman sosial. 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ketua-ketua jabatan memantau kakitangan mereka supaya mendisiplinkan diri dan berhenti menyebar maklumat sulit kerajaan
kerana tindakan mereka boleh dikesan dan dikenakan tindakan.|

"Saya meminta semua penjawat awam menghormati kerahsiaan maklumat penting agar tidak jatuh ke tangan musuh bagi menjamin keselamatan negara dan negeri sepanjang masa," tambahnya. 

Azlan juga melahirkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir kakitangan sokongan yang merasakan diri mereka 'kebal' sehingga sanggup mencabar ketua jabatan masing-masing. 

"Kes seperti ini bukan lagi menjadi rahsia khususnya ponteng kerja. Saya berharap dengan adanya 'Exit Policy' masalah seperti ini dapat diselesaikan lebih cepat," katanya. 

Mengenai sistem amaran bencana, Azlan berkata walaupun ia berfungsi baik semasa Perlis dilanda hujan ribut yang merosakkan lebih 400 rumah baru-baru ini,beliau yakin tahap keberkesanan sistem tersebut boleh dipertingkatkan.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Menteri Besar Perlis , Azlan Man

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan