Serpihan Pesawat Ditemui Di Pulau Kangaroo, Madagascar Akan Dianalisis - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 3:21 PM

Blaine Gibson menunjukkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Nosy Boraha, Madagascar yang dipercayai milik pesawat MH370.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Serpihan pesawat dijumpai di Pulau Kangaroo, selatan Australia dan Madagascar, Afrika akan dianalisis untuk mengesahkan sama ada milik pesawat Boeing 777 atau MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kerajaan telah menghubungi negara-negara berkenaan bagi mendapatkan bantuan untuk menganalisis tiga serpihan baharu yang ditemukan itu.

Katanya kerajaan hanya akan membawa balik semua serpihan itu ke Malaysia sekiranya analisis oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuktikan ia milik MH370.

"Sebelum ini sudah banyak serpihan MH370 ditemui di pelbagai negara namun masih ada yang belum dapat disahkan sama ada ia milik pesawat malang itu.

"Bagaimanapun, besar kemungkinan beberapa serpihan yang dijumpai di Afrika Selatan dan Mozambique sebelum ini milik MH370 kerana setakat ini, hanya satu pesawat Boeing 777 hilang di lautan iaitu MH370," katanya ketika diminta mengulas laporan agensi berita antarabangsa mengenai penemuan itu, Sabtu.

Nasib penerbangan MH370, yang dianggap telah 'berakhir' di selatan Lautan Hindi selepas hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal pada Mac 2013, masih menjadi misteri.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata pencarian dan siasatan berhubung punca berlakunya nahas helikopter Eurocopter AS350 di Sungai Batang Lupar, Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas masih giat dijalankan.

Beliau berkata, ini kerana bangkai pesawat malang berkenaan dikhuatiri telah hilang dibawa arus yang terlalu kuat sepanjang tempoh pencarian sehingga hari ini.

Bagaimanapun katanya, usaha pencarian dipertingkatkan dari masa ke masa dengan menggunakan peralatan termoden termasuk alat pengesan sonar oleh agensi yang terlibat.

"Arus yang kuat menyulitkan misi pencarian bangkai pesawat itu namun saya telah mengarahkan DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan agensi lain untuk mempertingkatkan usaha mengesannya," katanya.

Tiong Lai berkata, beliau telah mengarahkan jabatan berkenaan mewujudkan pelan terperinci berhubung gerak kerja pencarian bangkai pesawat itu sehingga ia dapat ditemukan dalam masa terdekat.

Katanya, hanya dengan penemuan bangkai pesawat tersebut akan membantu mencari punca utama nahas helikopter itu.

Nahas itu mengorbankan lima mangsa termasuk anggota Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan akan diadakan serentak pada 18 Jun ini.-- Bernama





Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , Pulau Kangaroo , Madagascar , MH370

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan