Aktiviti Daki Gunung Kinabalu Berjalan Seperti Biasa - Malim Gunung

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 10:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun terdapat gempa bumi lemah berukuran 2.3 pada skala Richter direkodkan berlaku pada 5.18 pagi tadi, kata seorang malim gunung Wilson Latius.

Wilson, 28, yang berada di Laban Rata ketika itu, bagaimanapun berkata difahamkan ada beberapa kumpulan pendaki yang sepatutnya melakukan aktiviti di Via Ferrata memilih membatalkan hasrat meneruskan aktiviti di situ atas faktor keselamatan.

"Saya merasai gegaran susulan pagi tadi kerana ketika itu saya berada di Laban Rata. Rakan malim gunung dan para pendaki yang berada di puncak Gunung Kinabalu juga merasainya dan segera turun dari puncak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pusat gempa itu terletak di 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 11km barat dari Ranau dan gegaran dirasai di kawasan itu.

Wilson berkata gegaran susulan seumpama itu merupakan keadaan yang sudah biasa dialami selepas kejadian gempa bumi pada 5 Jun tahun lalu.

"Sejak daripada peristiwa itu, gegaran susulan sering berlaku. Semalam, kira-kira pukul 11.40 malam, saya turut menyedari ada gegaran kecil tetapi tidak sekuat pagi tadi," katanya, yang berpengalaman sebagai malim gunung selama lima tahun.

Menyedari ia akan berlaku dalam tempoh panjang, Wilson berkata beliau termasuk rakan malim gunung yang lain akan sentiasa mengingatkan para pendaki supaya sentiasa tenang dan tidak panik jika ada gegaran susulan berlaku ketika sedang melakukan pendakian.

Pandangan sama turut diberikan seorang lagi malim gunung Junaydie Sihan yang berkata perasaan panik hanya akan memudaratkan diri memandangkan risiko mendapat kecederaan adalah lebih tinggi.

"Setiap kali memulakan pendakian yang bermula di Timpohon Gate, saya sentiasa mengingatkan diri saya dan para pendaki supaya tidak panik dan perlu bertenang jika ada berlaku gegaran," katanya.

Mengenai gegaran susulan pagi tadi, Junaydie berkata dia berada di rumah bersama keluarga dan sedang bersiap untuk melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu pada hari ini.

Tags / Kata Kunci: Malim Gunung , Gunung Kinabalu

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan