Syria Care Salur Bantuan RM2.4 Juta Kepada Pelarian Syria Sempena Ramadan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syria Care Malaysia (Syria Care) menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM2,395,472.60 bagi Misi Kemanusiaan Syria Care 3.0 sempena bulan Ramadan tahun ini.

Menurut kenyataan Syria Care, sejumlah RM1,416,572.60 adalah bagi projek 'Food4Syria' yang menyediakan juadah berbuka puasa pelarian Syria di Turki, Lubnan dan Jordan yang diuruskan oleh enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana.

Projek itu melibatkan enam kawasan iaitu Haiatul Igathah Al Insaniyah Damsyik, Khiar for Relief Barat Ghoutah, Muasassah Eemarushaam Timur Ghoutah, Jam'iyyah Tawasau Latakia dan Jam'iyyah Sham Sharif Homs.

Sementara sejumlah RM600,000 berbentuk dana pula diserahkan kepada pihak NGO di Syria di bawah misi 'Care4Syria', manakala RM378,900 pula adalah sumbangan berbentuk barangan makanan seperti susu formula bagi kanak-kanak pelarian yang akan dihantar ke Turki.

Misi kemanusiaan dan bantuan itu diketuai Pengerusi Syria Care Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki yang diiringi lapan anggota rombongan yang turut melawat kem pelarian bagi memberi khidmat sokongan moral sebagai usaha memberi kekuatan emosi kepada pelarian di sana.

Sumbangan boleh disalurkan kepada Syria Care melalui laman Facebook di www.facebook.com/syria.care atau di 011-28809820 atau melalui akaun CIMB Islamic bank 8601894560, Maybank (562106653575) atau RHB Bank (26115000021775).

Tags / Kata Kunci: Syria Care , Pelarian Syria

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan