PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Medan Uji Sokongan Akar Umbi Terhadap Pakatan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 3:07 PM

Dr Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti yang boleh menyatukan rakyat tanpa membangkitkan isu perkauman akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

"Ia perlu menjadi perpaduan semua kaum sebelum anda yakin untuk memenangi pilihan raya kecil itu terutama apabila ia bukan pertembungan satu lawan satu dan melibatkan semua calon Melayu," katanya menerusi blog milik beliau pada Jumaat.

Salleh menyatakan kebimbangan mengenai kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diseleweng.

Menurut Salleh, satu kumpulan etnik tidak menang dengan mudah kerana kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar terdiri daripada dua pertiga kaum Melayu dan satu pertiga bukan Melayu, terutamanya kaum Cina.

"Itu sesuatu petugas kempen dari kedua-dua pihak perlu ambil kira jika mereka mahu melihat parti mereka memenangi dua PRK itu.

"Ia adalah perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya dan untuk setiap parti daripada dua jurang politik, akan ada beberapa rasa tidak puas hati mengenai pemilihan calon," katanya.

Salleh berkata Barisan Nasional sentiasa dapat mengatasi halangan ketika keadaan memerlukan dan melahirkan keyakinan bahawa parti itu akan berdiri bersama-sama untuk memastikan kemenangan parti.

Katanya, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar amat penting kerana ia medan untuk menguji sokongan peringkat akar umbi bagi melihat sama ada Pakatan Harapan mempunyai sesuatu yang diperlukan untuk memberi impak pada pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka memenangi kedua-dua pilihan raya kecil itu, atau hanya salah satu daripadanya akan memberikan pembangkang dorongan untuk pilihan raya umum akan datang.

"Jika tidak, maka mereka akan mengalami kegagalan yang akan mengambil masa yang lama untuk mereka atasi dan yang mana tidak akan berlaku sebelum atau pada pilihan raya umum akan datang," katanya.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan