Najib Kagum Semangat Siti Nuraisyah

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 1:46 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) memberi kata-kata semangat kepada adik Siti Nuraisyah Sahrin, 13, (tengah) yang putus kedua-dua belah kakinya selepas digilis lori 18 Jan lalu di Masjid Al-Mukmin, Tali Air 12 Sungai Nibung Khamis malam. Adik Nuraisyah sangat gembira kerana impiannya berjumpa dengan perdana menteri tercapai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib un Razak melahirkan rasa kagum dengan semangat kental Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua belah kaki selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan 18 Januari lepas.

Perdana Menteri berkata beliau berpeluang menemui pelajar tingkatan satu  Sekolah Menengah Bagan Terap itu selepas menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Mukmin, Sungai Nibong, Sungai Besar, Selangor, dekat sini, Khamis malam.

"Baru-baru ini, saya terbaca mengenai hasrat Siti Nuraisyah untuk bertemu dengan saya. Alhamdulillah, kami berpeluang bertemu malam tadi di Sungai Nibong.

"Walaupun kejadian yang menimpanya amat memilukan, saya kagum dengan semangat kentalnya mengharungi ujian yang datang melanda," kata Perdana Menteri di laman Twitter dan Facebook beliau, Jumaat.

Najib juga berdoa semoga pelajar itu terus diberi kecekalan dan dirahmati Allah SWT.

Dalam kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang itu, Siti Nuraisyah yang membonceng motosikal ditunggang kakak tirinya, Syahmin Amira Roslan, 14, terbabit dalam kemalangan kira-kira 3.30 petang ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Siti Nuraisyah ketika ditemui pemberita malam tadi melahirkan rasa gembira kerana impian beliau untuk bertemu Perdana Menteri tercapai.-- Bernama





iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan