Kolej Islam Kuala Kangsar Naik Taraf Universiti

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 6:05 PM

Najib bersalaman dengan penyokong ketika tiba untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di sini dinaik taraf serta merta dan kini ia akan dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah menaik taraf KUISAS menjadi sebuah universiti penuh adalah janji yang dibuat oleh Barisan (BN) semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.

"Bagi merealisasikan komitmen kerajaan BN Perak yang dijanjikan semasa pilihan raya umum ke-13 untuk menaik taraf status KUISAS sebagai universiti penuh di Kuala Kangsar, saya gembira untuk mengumumkan bahawa KUISAS telah diberikan status universiti penuh dengan geran kerajaan persekutuan berkuatkuasa serta-merta," kata Najib ketika lawatannya ke kampus USAS pada Jumaat.

KUISAS ditubuhkan pada 1999 dan kini USAS mempunyai 4,000 pelajar dan 200 tenaga pengajar.

Selain Kolej Melayu Kuala Kangsar, institusi pendidikan lain yang terkenal di bandar ini termasuk SMK Clifford dan Madarasah Idrisiah.

Tags / Kata Kunci: KUISAS , USAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan