Kerajaan Lulus RM43.5 Juta Bina Jambatan Manong - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 10:06 PM

Perdana Menteri menyampaikan amanatnya pada program semarak Ramadan dan majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Nurul Huda Manong dekat Kuala Kangsar, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong menyeberangi Sungai Perak, yang menghubungkan Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong, dekat sini.

Pembinaan jambatan itu serta pembinaan jalan sepanjang tiga kilometer di sekitar kawasan itu pastinya berita gembira buat penduduk kawasan itu yang selama ini terpaksa menggunakan perkhidmatan bot penambang.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu berucap pada majlis berbuka puasa bersama pengundi dan masyarakat setempat di Masjid Nurul Huda, Manong, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata kelulusan projek tersebut merupakan hadiah kerajaan kepada penduduk Manong sempena bulan Ramadan.

Dalam majlis berkenaan, Najib juga menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan anak yatim, asnaf dan ibu tunggal serta air zam zam dan kurma kepada wakil 25 masjid dan 53 surau di kawasan tersebut.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin.

Najib kemudian menyertai solat Maghrib berjemaah di masjid berkenaan.

Menurut laporan Bernama semalam, pembinaan jambatan itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 500 penduduk daripada 100 keluarga yang terdiri daripada kalangan pekebun getah dan kelapa sawit di kawasan itu untuk berurusan di Pekan Manong atau untuk ke bandar Kuala Kangsar.

Mereka sebelum ini menggunakan bot penambang yang beroperasi setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 6 petang yang mengenakan kadar bayaran untuk pergi dan balik sebanyak RM1 seorang dan RM2 sekiranya membawa motosikal.

Laluan darat untuk ke Pekan Manong adalah sejauh 45km.

Tags / Kata Kunci: Jambatan Manong

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan