BR1M Diawalkan Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diawalkan mulai 15 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Julai.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan berkata kerajaan berharap pemberian BR1M itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran, katanya.

Katanya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

Dalam pengumuman Bajet 2016, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada empat peringkat dengan bayaran kali pertama telah diagihkan pada 28 Januari dan kali kedua pada 28 April.

Tags / Kata Kunci: BR1M , Aidilfitri

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan