Ustaz Mad China Penghibur Pengundi Cina - Berita Semasa | mStar

Ustaz Mad China Penghibur Pengundi Cina

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 7:42 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Ketika pemimpin PAS lain berceramah berapi-api semasa kempen pilihan raya, pemimpin PAS yang seorang ini mengambil pendekatan lebih santai.

Mohamad Ibrahim, 40, memikat kumpulan pengundi, khususnya pengundi kaum Cina dengan bakat dan kemahirannya menyanyikan lagu-lagu bahasa Mandarin dengan fasih.

Disebabkan sering mendendangkan lagu-lagu Tionghua di majlis-majlis anjuran PAS atau kempen-kempen pilihan raya di seluruh negara, tidak hairanlah beliau dipanggil ‘Ustaz Mad China’ oleh peminat-peminatnya.

“Penerimaan masyarakat Cina memang sangat bagus, mereka nampak terhibur setiap kali saya buat persembahan di pentas.

“Kadang-kadang mereka ikut sama menyanyi, ada juga masanya mereka melambai-lambai tangan sambil menyanyi dengan saya,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis berbuka puasa bersama komuniti Cina di sini, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman.

Ustaz Mad China yang juga Exco Dewan Pemuda PAS ini berkata, beliau senang menggunakan pendekatan ceramah sambil menyanyi dalam usaha meraih pengundi bukan Islam, khususnya pengundi Cina.

Katanya, dakwah tidak terhad kepada ceramah semata-mata tetapi ia boleh dilakukan dengan pelbagai pendekatan.

Antara lagu yang sering dinyanyikannya adalah lagu ‘evergreen’ yang diminati ramai masyarakat Cina berjudul Yue Liang Dai Biao Wo De Xin yang bermaksud ‘bulan mewakili hatiku’.

“Lagu ini berkisar tentang bulan, kebetulan selepas belajar saya terlibat dengan PAS dan PAS pun menggunakan lambang bulan,” katanya yang juga boleh bertutur dan faham bahasa Mandarin.

Mohamad berkata, beliau mempelajari lagu ini ketika belajar di sebuah universiti di Guangzhou pada 2006.

“Pensyarah saya kata kalau mahu mahir bahasa Cina saya boleh mempelajarinya melalui lagu dan nyanyian. Tak susah untuk melakukannya jika kita ada minat,” katanya.

Mempunyai enam anak, Ustaz Mad China berkata, seorang anaknya telah dihantar ke sekolah jenis kebangsaan Cina bagi menyambung kemahirannya, manakala lima lagi anaknya dihantar ke sekolah tahfiz.

Tags / Kata Kunci: Ustaz Mad China , Mohamad Ibrahim
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan