Kemaluan Tersepit: Pengendali Eskalator Berdepan Tindakan

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 8:48 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali ekskalator di pasar raya di Bagan Serai berikutan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator, Isnin lalu.

Pengendali itu akan dibawa ke mahkamah selepas didapati kemudahan yang dipasang itu tidak mendapat sijil sah layak menduduki (CF).

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Mohtar Musri berkata, pengendali yang menjalankan operasi ekskalator tersebut sedangkan tidak menyelenggaranya atau memperbaharui CF, akan berdepan dengan denda RM100,000 atau penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah.

"Kita telah periksa peranti keselamatan yang dipasang pada ekskalator dan CF. Berdasarkan siasatan kita, mereka tidak mengikut peraturan.

"Kita akan menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara supaya tindakan dapat diambil," katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan ekskalator itu berhenti sejak Mac lalu selepas tamat CF tetapi penyewa baharu meminta pihak pengurusan untuk menyambungkannya semula. 

Pada Isnin malam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya. 

Dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan tanpa pengawasan semasa menuju ke tingkat tiga dari tingkat dua.

Seluar kanak-kanak itu tersepit pada eksklator sehingga menyebabkan kecederaan.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.

Tags / Kata Kunci: DOSH , eskalator

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan