“PAS, Umno Tak Banyak Beza” - Abdul Kadir

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata PAS dan Umno tidak mempunyai banyak perbezaan.

Abdul Kadir berkata, dua parti itu merupakan parti tunjang di negara ini yang mewakili Melayu, Islam dan Bumiputera.

Bagaiamanapun, beliau yang 56 tahun memegang jawatan dalam Umno ini tertarik untuk bekerjasama dengan PAS setelah melihat parti itu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

“Kalau kaji betul-betul PAS dan Umno tak adalah beza apa sangat. Umno lahir tahun 1946, PAS lahir tahun 1951, beza cuma enam tahun.

“Dua-dua parti gergasi, ada cawangan merata-rata . Parti lain tak payah cakap banyak, parti nyamuk, tapi cukup-cukup garang,” katanya dalam ceramah kempen di Parit 16, di sini, malam Rabu.

Abdul Kadir berkata, beliau sudah lama memerhatikan politik PAS tetapi ‘mengambil masa’ untuk bekerjasama dengan parti itu selepas keluar Umno kerana pada masa itu PAS ‘berkawan rapat’ dengan PKR dan DAP.

“Depa (PAS) punya bodek DAP, sampai lupa agenda Bumiputera, Melayu dan Islam.

“Semua nak jadi ‘kesayangan’ DAP, tapi nak jadi kerajaan alternatif. Jadi tiga, empat bulan sebelum PRU-13 saya berhenti pergi ceramah-ceramah, termasuk PAS. Saya bimbang, lemah semangat, saya sedih bila fikirkan generasi akan datang,” katanya.

Abdul Kadir berkata, selepas PRU-13 beliau bersyukur apabila PAS, sebagai salah satu parti tunjang terkeluar daripada Pakatan Rakyat dan mahu kembali ke pangkal jalan dalam perjuangannya.

Jelasnya, PAS kembali bersendirian tanpa ‘penyakit’ kerana berpegang kuat dengan ajaran Islam, menyebabkan rakyat, sama ada Islam dan bukan Islam selamat jika berada bersama-sama dengannya.

Beliau gembira apabila Muktamar PAS tahun ini telah mencatat sejarah apabila parti Islam itu sepakat akan berpolitik secara matang tanpa ada kekasaran atau tindakan ‘kurang ajar’, sesuai dengan umurnya yang sudah dewasa.

“Takkan Umno ni tak ada baik langsung. Baik kita sokong. Kalau ada salah, kita akan sediakan memorandum dan jumpa kerajaan kata ia salah," katanya.

Abdul Kadir berkata, adalah tidak wajar untuk beliau secara peribadi marahkan Umno kerana beliau telah lama bersama parti itu dan tidak semua pemimpin bermasalah.

“Saya nak marah sangat Umno pun tak boleh. Saya lama dengan mereka. Banyak yang baik-baik ada. Yang ‘curi-curi’ ni sikit sangat tapi buruk habiskan nama (Umno),” katanya sambil berharap pemimpin yang tidak amanah supaya bertaubat.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu pengundi bahawa Umno dan BN adalah sebuah kerajaan yang kuat walaupun jika mereka kalah pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini.

Bagaimanapun, beliau menggesa supaya Umno dan kerajaan BN memberi kebebasan kepada pemimpin dan rakyat untuk bersuara dan bersedia menerima kritikan serta teguran.

“Kita bukan nak kutuk Umno dan BN, mereka tetap kerajaan. Hilang dua kerusi dia masih kerajaan. Tapi biarlah ada wakil yang bebas suarakan masalah rakyat.

“Kita perlukan sangat ahli Parlimen yang berani di peringkat kerajaan untuk suarakan kesusahan rakyat. Saya doakan calon-calon PAS dapat kemenangan untuk mereka jalankan tugas dan amanah ini,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Ikatan , Abdul Kadir Sheikh Fadzir , PAS , Umno

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan