Nizar Mohon Maaf Kepada Mastura Dan Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad kerana kenyataannya yang mengaitkan tragedi helikopter terhempas di Sarawak itu dengan balasan Tuhan.

Bekas menteri besar Perak itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina sesiapa, terutama keluarga bekas Ahli Parlimen itu.

Malahan, beliau juga mendakwa kenyataannya telah dilaporkan pihak media adalah di luar konteks, tidak seperti apa yang dimaksudkannya.

"Jika sesiapa tersinggung atau rasa dihina kerana ia tersalah lapor, dengan itu di bulan Ramadan ini, saya memohon maaf kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga Wan Khair-il, selain negeri dan kepimpinan Pusat.

"Permohonan maaf ini dilafazkan kerana dia bersimpati kepada keluarga arwah," katanya.

Kata Nizar, sebagai seorang bapa dan suami, beliau merasai kesedihan yang dilakui Datin Mastura Mohd Yazid dan keluarga.

"Pada awal ucapan, saya telah meminta semua yang hadir untuk membacakan al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah dan memberi kekuatan kepada keluarganya untuk menerima pemergiannya," katanya.

Nizar juga mendakwa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar diadakan untuk 'mengajar' Barisan Nasional (BN) kerana menggulingkan kerajaan pembangang Perak pada 2009.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian suami Mastura yang juga Pengerus Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Beliau antara enam individu yang maut dalam nahas helikopter terhempas pada 5 Mei selepas berlepas dari Betong ke Kuching.

Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak dipetik sebagai berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar” kerana menggulingkan kerajaan Perak pada 2009.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan