PRK Kuala Kangsar: Mastura Maafkan Nizar - Berita Semasa | mStar

PRK Kuala Kangsar: Mastura Maafkan Nizar

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 1:11 PM

Mastura Mohd Yazid.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid memaafkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin di atas kenyataannya bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah pembalasan Allah terhadap parti itu yang menggulingkan kerajaan Perak yang diterajui pembangkang pada 2009.

"Sebagai manusia biasa, seperti anda semua, kata-kata itu menguris hati saya dan keluarga tetapi saya memaafkan Datuk Seri Nizar kerana saya percaya Allah akan menunjukkan kebenaran kepada kita," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bukit Chandan di sini, Khamis.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerus Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Beliau antara enam individu yang maut dalam nahas helikopter terhempas pada 5 Mei selepas berlepas dari Betong ke Kuching.

Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak dipetik sebagai berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar” kerana menggulingkan kerajaan Perak pada 2009.

Sejak itu, Amanah mempertahankan kenyataan Nizar dengan calon parti itu, Dr Ahmad Termizi Ramli berkata kenyataan itu diambil di luar konteks.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan