Kerajaan Tidak Ambil Alih Proton - Mustapa

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 8:37 PM

Foto:NORAFIFI EHSAN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak berhasrat untuk menukarkan saham keutamaan kumulatif boleh tukar boleh tebus (RCCPS) bernilai RM1.25 bilion dalam Proton Holdings Bhd menjadi saham biasa dan tidak mengambil alih pengeluar kereta nasional itu. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembiayaan itu merupakan sebahagian daripada pinjaman mudah RM1.5 bilion yang dipersetujui untuk diberikan kepada pengeluar kereta nasional itu pada April 2016.

"Proton akan kekal sebagai syarikat swasta sepenuhnya dan pengurusannya akan bertanggungjawab penuh bagi keputusan perniagaannya.

"RCCPS itu dengan ciri-ciri ekuiti adalah kaedah paling pantas untuk menyelesaikan masalah kewangan Proton sekarang ini kerana syarikat itu amat memerlukan mudah tunai untuk membayar vendor-vendornya," kata Mustapa dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab spekulasi bahawa rancangan tersebut akan kelaknya bermakna RCCPS mungkin akan ditukarkan menjadi saham biasa, yang sekali gus menjadikan kerajaan pemegang saham utama dalam Proton dengan 79.3 peratus pegangan.

Berdasarkan kepada perjanjian langganan yang dimeterai antara Govco Holdings Bhd dan Proton, terdapat beberapa terma dan ciri-ciri RCCPS yang membebankan Proton untuk ditukarkan menjadi saham biasa.  

"Kerajaan berharap Proton dapat menambah baik keputusan kewangannya dalam tempoh lima tahun akan datang. 

"Selepas tempoh lanjutan lima tahun, Proton perlu membayar dividen kumulatif (tahun 1-5) pada empat peratus setahun serta pembayaran semula RCCPS," katanya.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan