Hasrat Ecah Jumpa PM Tercapai

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 11:37 PM

Najib Tun Razak bertanya khabar kepada Ecah (dua, kanan) selepas menyempurnakan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Mukmin, Tali Air 12, Sungai Nibong, Sungai Besar pada Khamis malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: "Sangat gembira" - itulah sahaja yang mampu diucapkan Siti Nuraisyah Sahrin, setelah dapat memenuhi impiannya untuk menemui Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menemui pelajar berusia 13 tahun itu, yang putus kedua-duanya belah kaki selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan 18 Januari lepas, selepas menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Mukmin, Sungai Nibong, di sini, Khamis malam.

Hadir sama dalam pertemuan kira-kira 10 minit dengan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Bagan Terap itu ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Siti Nuraisyah atau lebih mesra dengan panggilan Ecah, ketika ditemui pemberita berkata Perdana Menteri sempat bertanya mengenai kesihatan dirinya.

"Sangat gembira dapat jumpa Perdana Menteri sebab saya tak pernah jumpa orang yang selama ini banyak tolong saya," katanya.

Siti Nuraisyah berkata beliau juga mengirimkan salam serta ucapan selamat hari raya Aidilfitri kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau turut teruaja apabila perdana menteri berjanji untuk menghadiahkan sebuah set drum kepadanya setelah mengetahui minatnya pada alat muzik itu.

Pertemuan itu mengubati kesedihannya petang tadi apabila dikhabarnya perdana menteri tidak dapat bertandang ke rumahnya disebabkan perlu memenuhi jadual di Parlimen Sungai Besar.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Setiausaha Politik Perdana Menteri, DatukKhairun Aseh datang ke rumah beliau dan menyatakan sendiri akan membawa beliau dan keluarga bertemu Najib di Masjid Al-Mukmin.

Dalam kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang, itu, Ecah yang membonceng motosikal ditunggang kakak tirinya, Syahmin Amira Roslanm, 14, terbabit dalam kemalangan kira-kira 3.30 petang ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. -Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan