DAP Mengaku Pasang Papan Iklan Provokasi Kerana 'Lepas Geram'

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 1:01 PM

(Ubah saiz teks)


SEKINCHAN: DAP akhirnya mengaku bahawa papan iklan berbentuk provokasi yang dilihat berada di sekitar pekan Sekinchan, pada Rabu, dipasang oleh parti itu.

Pengakuan itu dibuat Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad pada pagi Khamis.

Bagaimanapun, kata Khalid, DAP bersama Pakatan Harapan tidak akan membuat permohonan maaf kepada Barisan Nasional (BN) atau individu tertentu berkaitan pemasangan papan iklan tersebut.

“Semalam saya keluarkan kenyataan, saya kata tak tahu (siapa pasang), memang saya tak tahu.

“Bila DAP mengaku menaikkan billboard itu, saya jumpa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pagi tadi (Khamis) dan bincang, kita setuju ia tidak akan dinaikkan lagi kerana dianggap provokasi, kami nak berkempen secara positif,” katanya kepada pemberita di pejabat DAP di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai penafian yang dibuat  Pakatan Harapan terhadap tiga papan iklan provokasi yang dinaikkan di pekan Sekinchan, pada Rabu, sebelum ia diturunkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sebelah petang.

Pua, tidak lama kemudian mengaku papan iklan itu dipasang oleh DAP.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Khalid berkata, salah satu sebab DAP menaikkan papan iklan itu adalah sebagai tanda ‘lepas geram’ masyarakat Tionghua terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang didakwa pernah mengeluarkan kenyataan rasis sebelum ini.

“Tony jelaskan bagaimana orang-orang Cina terpendam perasaan mereka terhadap Jamal yang masih tidak menarik balik kata-katanya yang dianggap melampau dan menghiris perasaan kaum Cina, selain dia tidak dikenakan tindakan.

“Mereka juga kecewa apabila sudah mengundi PAS sebelum ini tetapi sekarang mereka nak berbaik dengan Umno,” katanya.

Tags / Kata Kunci: DAP , Sekinchan , Tony Pua , billboard

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan