Wujudkan Daftar Pesalah Seksual - Pakar

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 4:31 PM

Richard Huckle

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Kewujudan daftar pesalah seksual akan membolehkan pihak berkuasa memantau pergerakan mereka yang pernah melakukan jenayah seksual serta menangani peningkatan kes penderaan kanak-kanak, kata seorang pakar.

Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Syahirah Abdul Shukor berkata, dengan teknologi yang ada sekarang, bukan sahaja pusat penjagaan dan organisasi kanak-kanak yang perlu mempunyai pangkalan data, malah masyarakat juga (di kawasan perumahan) perlu memilikinya bagi menyaring mereka yang bakal menyertai bidang pekerjaan yang melibatkan kanak-kanak.

Menurut beliau, individu yang memohon pekerjaan perlu disaring dan dikenal pasti oleh majikan sama ada orang berkenaan mempunyai kaitan dengan sebarang kesalahan seksual.

"Dengan merekodkan pesalah seksual dan pemangsa dalam suatu daftar khas,mereka boleh dipantau secara rapi, dijejaki dan dicegah daripada mengulangi kesalahan masing-masing," katanya kepada Bernama semasa dihubungi pada Rabu.

Baru-baru ini, pesalah pedofilia Richard Huckle dijatuhi 22 hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London kerana melakukan penderaan seksual terhadap 23 kanak-kanak dan bayi di Malaysia serta di Kemboja selama hampir satu dekad.

Reuters melaporkan bahawa Huckle, 30, akan meringkuk di dalam penjara selama sekurang-kurangnya 23 tahun kerana jenayah yang dilakukannya terhadap kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun daripada keluarga miskin di Kuala Lumpur.

Huckle mengaku melakukan 71 kesalahan itu dan polis menjumpai lebih 20,000 imej pornografi kanak-kanak di dalam komputer dan kameranya ketika lelaki Britain itu ditangkap di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 2014.               

Media Britain melaporkan bahawa jurufoto bebas itu mendera sehingga 200 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun dari 2006 hingga 2014.

Dr Syahirah yang melakukan penyelidikan tentang penderaan seksual terhadap kanak-kanak melalui Internet sejak 2005 dengan membuat perbandingan tentang pendekatan undang-undang di United Kingdom dan Malaysia, berkata program pemulihan juga perlu diberi penekanan dan keutamaan agar mangsa dapat menambah baik diri mereka.

"Mereka juga memerlukan sokongan daripada masyarakat untuk mengatasi masalah masing-masing," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Jawatankuasa Hak Kanak-kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa Bersatu Datuk Yasmeen Muhamad Shariff berkata kerjasama rapat dalam kalangan pasukan polis antarabangsa untuk berkongsi maklumat dan hasil risikan tentang pesalah seksual adalah penting bagi membuat pemantauan sama ada seseorang pedofilia menuju ke Malaysia.

"Banyak pengembara berkunjung ke Malaysia dan setelah mereka melintasi Imigresen Malaysia, tiada siapa yang tahu ke mana mereka pergi.

Bagaimana polis Malaysia menjejaki orang ini dan memantau pergerakan mereka perlu juga diberi perhatian.

"Kita perlu sentiasa meningkatkan perlindungan dan hak kanak-kanak. Bakti kita kepada kanak-kanak tidak akan pernah selesai," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: pedofilia , daftar pesalah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan