PAS Gagal Laksana Tanggungjawab - Calon Amanah

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 3:34 PM

Dr Ahmad Termizi Ramli

(Ubah saiz teks)



KUALA KANGSAR: Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli mendakwa PAS gagal memainkan peranan sebenarnya terhadap agama, bangsa dan negara.

Menurut bekas ahli PAS seumur hidup itu, kegagalan parti itu juga menyebabkan beliau menyertai Amanah dan menjadi calon bagi PRK kali ini.

"Pada pandangan saya, minta maaf ya... PAS kini tidak lagi memainkan peranan utama terhadap agama bangsa dan negara.

"Saya juga ahli PAS. Ahli untuk seumur hidup, tetapi apabila melihat PAS gagal memainkan peranan sebenarnya, saya terpaksa menyertai Amanah untuk meneruskan perjuangan demi membela rakyat.

"Biarlah PAS berehat dulu, kami daripada Amanah tidak mahu memutuskan hubungan dengan rakan-rakan lama kerana Amanah mengamalkan budaya politik matang," jelasnya pada sidang media di bilik gerakan Amanah di sini, Rabu.

Bekas profesor dalam bidang nuklear itu memberitahu, Amanah bagaimanapun tidak menentang PAS dalam PRK ini, sebaliknya mahu menewaskan Barisan Nasional (BN).

"Kami tidak berlawan dengan PAS. Kami mahu kalahkan Umno dan BN demi membela nasib rakyat.

"Selain isu nasional, kami juga dapati pelbagai isu tempatan masih belum dapat diselesaikan oleh BN khususnya terdapat masih ramai rakyat miskin di sini.

"Jika diberi peluang oleh pengundi saya akan berusaha membela nasib rakyat dengan sebaiknya kerana saya juga orang Kuala Kangsar," ujarnya.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan