Nenek, Cucu Maut Kemalangan Dengan Treler Di Kota Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 8:15 PM

Kemalangan maut melibatkan sebuah kereta perodua kancil dengan sebuah lori treler di kilometer 68 Jalan Johor Baharu-Mersing mengakibatkan tiga maut termasuk dua kanak-kanak pad Rabu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU:  Seorang nenek bersama dua cucunya terbunuh apabila kereta dinaiki mereka melanggar bahagian sisi kiri sebuah lori treler di Kilometer 68, Jalan Johor Baharu-Mersing, berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Panti di Kota Tinggi, tengah hari Rabu.  

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.56 tengah hari itu, mangsa Misnah Radimin,58, bersama dua cucu iaitu Muhammad Shahfiq Haikal, 9, dan Putri Nurshazuqani,8, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di kepala. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata anak lelaki Misnah yang turut berada dalam kenderaan berkenaan bagaimanapun cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi bersama pemandu treler terbabit. 

"Identiti anak Misnah masih belum dapat dikenal pasti manakala pemandutreler itu pula berusia 27 tahun," katanya dalam kenyataan di sini. 

Rahmat berkata kejadian dipercayai berlaku apabila lori treler yang menghala ke Kota Tinggi itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan ketika melalui jalan berselekoh.

Pada masa sama, kereta kancil yang dipandu anak Misnah yang dalam perjalanan ke Mersing tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kiri treler tersebut.

Pelanggaran mengakibatkan kenderaan berkenaan remuk di bahagian depan.

Rahmat berkata ketika kejadian berlaku, permukaan jalan adalah basah kerana baru sahaja hujan. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kemalangan Maut , Kota Tinggi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan