Syarikat Miliki Kedudukan Kecairan Yang Kukuh - 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 1:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1MDB menegaskan bahawa syarikat itu memiliki kedudukan kecairan yang kukuh dan kekal fokus ke atas usaha untuk menjayakankan pelaksanaan pelan rasionalisasinya.

Menerusi satu kenyataan, ia berkata penarikan penarafan oleh Moodys Investor Services ke atas 5.99 peratus terbitan nota tidak bercagar senior bernilai US$1.75 bilion oleh 1MDB Energy Ltd (Energy Notes), dilaksanakan tanpa penurunan penarafan kredit 'Aa2' Moodys ke atas Energy Notes.

1MDB juga mengulangi bahawa Energy Notes terus memperoleh manfaat daripada penarafan 'AA' daripada Standard and Poor's.

Laporan menyebut penarikan Moodys ke atas penarafan 5.99 peratus hutang US$1.75 bilion dibuat 'atas sebab-sebab perniagaannya sendiri'.

"Penarafan kredit 'Aa2' Moodys bagi Energy notes sah sehingga peringkat penarikan balik penarafan itu, iaitu penarikan itu dilakukan tanpa menurunkan penarafan kredit," kata 1MDB.

Ia juga berkata seperti dokumen 'Dasar Penarikan Penarafan Kredit Moody's yang menunjukkan bahawa penarafan kredit ditarik balik atas 'sebab-sebab perniagaan', ia merujuk kepada sebab-sebab perniagaan dan bukan kepentingan entiti yang diberikan penarafan atau pihak bertanggungjawab.

"Sebab-sebab perniagaan Moody's secara umumnya tidak menggambarkan sebarang kebimbangan ke atas entiti kredit yang diberikan penarafan atau kualiti pengurusannya," kata 1MDB. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan