Tak Perlu Sekat Penjawat Awam Guna Internet - Ali Hamsa

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 10:49 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk menyekat akses kemudahan internet di kalangan penjawat awam dengan tujuan menghalang kebocoran maklumat kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Susulan pengumuman kerajaan Singapura untuk mengenakan sekatan kemudahan internet di pejabat kerajaan ke atas penjawat awam mereka bermula Mei tahun depan, beliau berkata isu kebocoran maklumat bukan lagi menjadi isu utama di negara ini. 

Malah katanya menyekat penggunaan internet tidak secara keseluruhannya mampu menghalang kebocoran maklumat. 

"Kalau tidak ada internet sekalipun, masih ada lagi cara komunikasi lain yang boleh digunakan," katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Bersama Anak-anak Yatim dan Asnaf Rumah Nur Kasih Bestari, Kuala Lumpur, Rabu.

Mengakui terdapat kes kebocoran data dan maklumat kerajaan, Ali Hamsa berkata kerajaan mempunyai proses sedia ada untuk mengambil tindakan ke atas pegawai yang mengeluarkan maklumat rahsia kerajaan. 

"Terdapat kes-kes tertentu seperti penyebaran maklumat rahsia melalui aplikasi Whatsapp dan pegawai yang terbabit telahpun dipanggil dan dikenakan tindakan tatatertib," katanya.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Internet , Sekat , Penjawat Awam , Dr Ali Hamsa

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan