Permohonan Bantuan Zakat Kini Lebih Mudah - Maiwp

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) telah melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan bantuan zakat termasuk mempermudah proses mengemukakan permohonan bantuan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Maiwp, Wan Ahmad Fadhli Shah Wan Mohamad Zain berkata, pemohon kini hanya perlu mengisi sehelai borang mengandungi dua halaman berbanding lapan halaman sebelum ini.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, pemohon hanya perlu menyertakan salinan dokumen asas iaitu kad pengenalan dan dokumen yang menyokong permohonan mereka.

"Misalnya jika pemohon memerlukan bantuan perubatan, maka surat pengesahan daripada hospital diperlukan dengan menyatakan jenis rawatan dan keperluan yang dihendaki," katanya, sambil menambah pemohon tidak perlu mendapatkan pengesahan pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya.

Beliau mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa prosedur permohonan bantuan zakat agak menyusahkan dan mengambil masa lama untuk diluluskan.

Wan Ahmad Fadhli berkata, ia mungkin timbul akibat kurang faham dengan kaedah permohonan selain dan situasi pemohon tidak memberi maklumat sebenar atau maklumat mengelirukan dalam permohonan mereka.

Beliau seterusnya berkata Maiwp dari semasa ke semasa mengadakan program menjejaki asnaf menerusi Skuad Jejak Asnaf Baitulmal Maiwp bertujuan mencari  mereka yang layak menerima bantuan zakat.

"Bagaimanapun, sekiranya pemohon terkeluar daripada golongan asnaf atau terdapat unsur penipuan maka bantuan kepada mereka akan ditamatkan," katanya.

Dalam pada itu, Maiwp telah membuka lebih banyak Pusat Agihan Zakat Baitulmal di Wilayah Persekutuan mengikut kawasan parlimen bertujuan memudahkan orang ramai datang membuat permohonan atau mengemukakan pertanyaan, katanya.

Beliau berkata pemohon boleh menghubungi Baitulmal di talian bebas tol 1-800-88-5222 tanpa dikenakan sebarang caj bayaran, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 012-5183614 atau 012-5127614 untuk menyalurkan maklumat mengenai golongan asnaf dan miskin.

Masyarakat juga boleh memberi kerjasama dengan memberi maklumat kepada  Maiwp sekiranya mengetahui tentang golongan yang memerlukan bantuan termasuk kewangan.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan