Apo Mike Dalang Kes Culik Empat Rakyat Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Empat rakyat Sarawak yang diculik pada 1 April lalu dibebaskan pada Selasa selepas rundingan yang tegang dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang diketuai sub-komander Apo Mike, kata aktivis anti penculikan yang berpangkalan di Jolo, Prof OCtavio Dinampo.

Pasangan adik-beradik, Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34 - dibebaskan berhampiran perkampungan pantai Patikul pada malam Selasa.

Difahamkan keempat-empat mereka tiba di Sandakan pada awal pagi Rabu.

Octavio berkata keempat-empat mangsa dibebaskan selepas beberapa siri rundingan tegang antara perantara bagi kumpulan bersenjata itu dengan perunding Filipina-Malayia sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, keempat-empat mereka ditahan seorang sub-komander Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan.

Apo Mike dipercayai mengetuai penculikan keempat-empat lelaki dari Sarawak itu yang menaiki kapal 'Masfive 6' yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila.

Lima lagi anak kapal warga Indonesia ditinggalkan di dalam kapal tersebut dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi, 1 April lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua agensi termasuk Wisma Putra dan polis untuk mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk membebaskan keempat-empat mangsa culik itu.

Beliau juga memberi jaminan peribadi kepada keluarga mangsa culik bahawa kerajaan akan cuba membawa mereka pulang dengan selamat.

Tags / Kata Kunci: Apo Mike , kes culik , Abu Sayyaf

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan