Anak TPM Niat Bantu Golongan Balu Selepas Tamat Edah

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Genap seminggu pemergian suami, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyuarakan hasrat untuk membantu golongan wanita yang kehilangan suami supaya bangkit demi diri dan anak-anak.

Hasrat Nurulhidayah, 37, yang merupakan anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dilaksanakan selepas beliau selesai tempoh edah.

Nurulhidayah berkata, beliau akan bekerjasama dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) bagi berkongsi pengalaman sepanjang perkahwinannya selama hampir sembilan tahun.

"Selama hampir sembilan tahun menjadi isteri arwah, banyak yang saya belajar. InsyaAllah setelah selesai edah, saya akan bersama mana-mana NGO untuk berkongsi pengalaman dalam perkahwinan yang cukup indah dan unik ini.

"Saya juga ingin bantu mana-mana wanita atau balu yang kehilangan suami untuk terus bangkit demi diri dan anak-anak.

"Saya ingin bangkit kerana yakin arwah suami sentiasa merestui saya dalam menjalankan kerja-kerja amal bersama NGO ketika hayatnya," kata Nurulhidayah menerusi luahan yang penuh emosi di akaun instagramnya @nurulzahid pada tengah hari Rabu.

Suami Nurulhidayah, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, meninggal dunia susulan rawatan gigi pada Rabu minggu lalu.

Menurut Nurulhidayah lagi, pemergian suami adalah ujian paling besar sepanjang hidupnya hampir 38 tahun.

Bagaimanapun katanya, jika ujian sebegini membuatkan beliau menjadi insan yang lebih baik, reda itu  adalah kunci kepada segala kejadian Tuhan.

"Buat semua wanita, kita akan menjadi wanita yang paling bahagia bila Allah di hati kita, bukan manusia atau harta.

"Al Fatihah buat mu sayang, Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Perjuanganku sebagai wanita dan ibu baru bermula. Terima kasih Allah, terima kasih sayang," kata Nurulhidayah.

Allahyarham Syed Alman Zain dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu lepas untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan