Kerajaan P.Pinang Tidak Pernah Mohon Projek Terowong - Fadillah

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 7:57 PM

Fadillah Yusof.

(Ubah saiz teks)

BAGAN SERAI: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebarang perancangan jalan di Pulau Pinang termasuk pembinaan terowong perlu dirujuk kepada kerajaan Persekutuan terlebih dahulu. 

"Ketua Menteri Lim Guan Eng kena ingat sebarang pembinaan jalan tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan dan jalan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

"Kalau dia (Gung Eng) nak kenakan tol pun dia kena rujuk dengan kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu di sini, Selasa oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. 

Persimpangan yang turut mempunyai plaza tol itu mula dibina pada 2012 dan siap bulan lalu. 

Fadillah diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang berkata pembinaan terowong dasar laut di negeri itu tidak perlu mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan hak kerajaan negeri.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Fadillah berkata 100,000 pengguna dijangka menggunakan Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu di Kilometer 181.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang dibuka sepenuhnya mulai jam 10 malam Selasa.

Katanya, persimpangan bertingkat yang dibina dengan kos kira-kira RM100 juta itu akan menghubungkan kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai dan Selama, Perak ke PLUS dengan tempoh perjalanan dipendekkan daripada 45 minit kepada 10 minit.

"Ini kerana kerajaan sedar lebuh raya memainkan peranan amat besar sebagai pemangkin pembangunan negara, sekali gus mampu menjana pertumbuhan kawasan sekitar dengan lebih pantas.

"Selain itu, persimpangan bertingkat ini bakal menjadi laluan alternatif di sepanjang Jalan Persekutuan 147, iaitu Jalan Bagan Serai-Selama ke Lebuhraya Utara-Selatan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: terowong dasar laut , Fadillah Yusof

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan