Gelagat Anak Yatim Beli Alas Meja Untuk Ibu Menyentuh Hati Mas Ermieyati - Berita Semasa | mStar

Gelagat Anak Yatim Beli Alas Meja Untuk Ibu Menyentuh Hati Mas Ermieyati

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 8:30 AM

Mas Ermieyati (dua, kanan) membantu adik Mohd Zulhilmi Mansor, memilih baju raya yang sesuai pada program Shoping Raya Bersama Anak Yatim Parlimen Masjid Tanah, di sebuah kompleks membeli belah, Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Gelagat seorang anak yatim yang membeli alas meja untuk ibunya ketika diraikan oleh sebuah pasar raya di sini, Isnin bersempena Ramadan menyentuh hati Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

"Sangat menyentuh hati saya, ketika saya membuka beg (anak yatim itu) tadi, ada alas meja yang dibeli untuk mak dia.

"Dia membeli bukan hanya untuk diri sendiri, tapi anak ini amat matang kerana membeli untuk keperluan rumah, saya terharu dan sangat-sangat menyentuh hati," katanya kepada pemberita selepas program beli-belah bagi anak yatim dan anak golongan kurang kemampuan bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah.

Pada program itu sebanyak 200 anak yatim dan anak golongan kurang berkemampuan diberikan baucar bernilai RM200 setiap seorang.

Mas Ermieyati yang juga anggota Parlimen Masjid Tanah dan Ketua Puteri Umno berharap masyarakat yang berkemampuan dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan. 

"Di samping itu dapat juga kita sama-sama muhasabah diri... yang pada perayaan ini, perlulah dikongsi dengan orang yang kurang berkemampuan," katanya.

Beliau berkata, program tanggungjawab sosial sebegini merupakan medium terbaik dalam mendekatkan diri kepada golongan yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

Mas Ermieyati berkata, penglibatan Puteri Umno bukanlah hanya dalam soal politik semata-mata tetapi juga dari sudut kerohanian, ekonomi dan sosial. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mas Ermieyati Samsudin
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan