Nancy: Saya Tidak Akan Berada Dalam Parlimen Untuk Undi RUU Hadi - Berita Semasa | mStar

Nancy: Saya Tidak Akan Berada Dalam Parlimen Untuk Undi RUU Hadi

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 3:20 PM

Nancy Shukri (dua, kanan) diberi penerangan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Wan Baharuddin Wan Ismail (kiri) ketika melawat tapak pameran selepas merasmikan Majlis Program Hello Komoditi Sungai Besar di Dewan Bestari, SMK Sungai Besar. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata beliau tidak akan hadir di Parlimen jika Rang Undang-Undang Persendirian oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung akta mahkamah syariah mahu diluluskan.

"Saya tidak berada di sana pada hari ia dibentangkan. Saya perlu konsisten dengan pendirian peribadi dan pendirian pemimpin negeri saya," kata Nancy yang kini memangku jawatan Menteri Sumber Asli dan Komoditi.

Nancy yang bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis yang dianjurkan oleh kementerian itu di sini berkata, beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyokong rang undang-undang kontroversi berkenaan.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata Rang Undang-Undang tersebut tidak sesuai untuk masyarakat yang berbilang kaum dan agama lebih-lebih lagi di negeri asalnya iaitu Sarawak di mana orang bukan Islam mengatasi jumlah orang Islam.

"Kita perlu faham, hudud atau tidak... apa yang mereka cuba lakukan adalah untuk meningkatkan hukuman dalam peruntukan undang-undang syariah.

"Kami tidak menyokongnya kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi dan kita tidak perlu meningkatkan hukuman," katanya.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Ahad lalu berkata PBB tidak akan menyokong RUU tersebut.

Tags / Kata Kunci: Nancy Shukri , Hadi Awang , Hudud
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan