Rayani Air Dah Ada Pelabur Baharu?

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rayani Air sudah menemui pelabur baharu? Jika perjanjian itu direalisasikan, ia bakal memberi harapan baharu kepada syarikat penerbangan itu untuk kembali beroperasi selepas dihimpit pelbagai masalah dan kontroversi selain digantung operasi.

Sumber memberitahu mStar Online, pemilihan pelabur baru sahaja dilakukan selepas pihak pengurusan menyenarai pendek daripada lima pelabur sebelum ini.

Tambah sumber itu, pelan perniagaan yang dikemukakan syarikat tersebut, selain kedudukan kewangannya yang kukuh merupakan antara faktor ia dipilih.

“Syarikat ini juga berpengalaman dalam industri penerbangan selama bertahun-tahun.

“Walaupun Rayani Air sedang mengalami masalah, tetapi mereka melihat adanya potensi yang baik untuk mengembangkannya. Pelan perniagaan mereka untuk Rayani Air cukup memuaskan,” kata sumber itu kepada mStar Online.

Difahamkan, bakal pelabur tersebut merupakan syarikat tempatan yang mengendalikan penerbangan carter dan mempunyai ‘sejumlah’ pesawat.

Ini bermakna kemasukan pelabur baharu itu nanti akan memudahkan Rayani Air untuk beroperasi menggunakan pesawat tambahan sedia ada.

Mstar Online turut difahamkan, antara pesawat yang dipunyai syarikat itu ialah Boeing 737-400, jenis pesawat yang sama digunakan Rayani Air.

Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perbincangan antara Rayani Air bersama pelabur baharu itu.

Ini kerana, katanya, nasib Rayani Air masih bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sama ada syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu kekal sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan Udara (ASL).

Menurut sumber itu, pihak Rayani Air telah mempersiapkan surat jawapan berserta laporan dan dokumen sokongan untuk dikemukakan kepada Mavcom pada Selasa.

Sehubungan itu, kata sumber berkenaan, syarikat penerbangan itu perlu menunggu keputusan Mavcom terlebih dahulu ketika ditanya mengenai perjanjian bersama pelabur baharu.

Jelasnya, kedudukan kewangan dan pelan perniagaan antara yang terkandung dalam jawapan kepada Mavcom berikutan suruhanjaya itu berperanan sebagai pengawal selia hal ekonomi dan komersial berkaitan penerbangan awam di Malaysia.

“Urusan berkaitan pelabur ini yang kita turut nyatakan dalam surat tunjuk sebab kepada Mavcom. Dalam surat tunjuk sebab telah kita maklumkan kedudukan kewangan dan pelan perniagaan yang melibatkan pelabur baharu. 

“Kita berharap agar Mavcom memberi peluang kepada Rayani Air untuk kembali beroperasi bagi memberi khidmat kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Dilaporkan, Mavcom pada 25 Mei lalu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rayani Air dan perlu dijawab secara bertulis dalam tempoh 14 hari sebelum suruhanjaya itu memutuskan sama ada syarikat penerbangan tersebut perlu dibenarkan untuk terus memegang ASL atau patut dibatalkan atau digantung.

Jika Mavcom membatalkan ASL Rayani Air, syarikat penerbangan itu tidak lagi dibenarkan menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara komersial di Malaysia.

Mavcom membuat penilaian terhadap Rayani Air susulan penggantungan sementara Sijil Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan itu selama tiga bulan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 11 April lalu.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , DCA , Mavcom

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan