Pedofilia: Polis Minta Agensi Anti Jenayah UK Kenal Pasti Mangsa Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis di Malaysia akan meminta Agensi Anti Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom memberi butiran mengenai pesalah pedofil warga Britain Richard Huckle untuk memudahkan usaha mengenal pasti mangsa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata buat masa sekarang, pihaknya mengadakan perbicangan dengan NCA untuk memberikan butiran kes.

"Kita tengah berbincang dengan mereka untuk mendapatkan laporan berkenaan bagi memudahkan kita mengenal pasti mangsa yang terlibat.

"Mangsa yang dikenalpasti adalah seramai 23 kanak-kanak dan polis sedang berusaha untuk mengesan kesemua mereka," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi.

Noor Rashid berkata polis juga sedang cuba untuk mengenal pasti tempat-tempat yang dikunjungi oleh Huckle semasa berada di Malaysia selama lapan tahun.

"Setakat ini kita kenalpasti satu kawasan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur manakala satu lagi kawasan sedang dipantau," kata beliau.

Sementara itu, beliau juga meminta pihak berkuasa berkaitan di semua negara untuk berkongsi maklumat mengenai pelaku pedofilia bagi mengelak insiden seperti itu daripada berulang pada masa depan.

"Kita perlu bekerjasama, bantu antara satu sama lain bagi mengelak perkara yang sama berulang," katanya.

Pedofil warga Britain itu dihukum penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London hari ini kerana melakukan pencabulan seksual ke atas 23 kanak-kanak di Malaysia serta bayi dan kanak-kanak di Kemboja dalam tempooh hampir satu dekad.

Reuters melaporkan bahawa Huckle, 30, dijatuhi 22 hukuman penjara seumur hidup dan akan merengkok dalam penjara sekurang-kurangnya 23 tahun atas jenayah yang dilakukannya terhadap mangsa yang berasal dari keluarga miskin berusia enam bulan hingga 11 tahun.

Huckle telah mengaku bersalah terhadap 71 kesalahan dan polis menemui lebih 20,000 imej lucah kanak-kanak di dalam komputer dan kameranya ketika di ditangkap di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 2014.

Menurut lapotran media di Britain baru-baru ini, Huckle, 30, jurugambar bebas mungkin telah melakukan pencabulan seksual ke atas sehingga 200 kanak-kanak berumur enam bulan dan 12 bulan, dari 2006 hingga 2014.

Sebanyak 91 pertuduihan telah dikenakan ke atasnya dan mangsa kebanyakananya ialah keluarga miskin di Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Pedofilia , Richard Huckle

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan