Kempen 'Balas Budi', Bukan Nak Masuk PAS - Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 8:14 PM

Abdul Khalid Ibrahim
(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar sekali lagi menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim turun padang untuk membantu parti itu berkempen.

Bekas menteri besar Selangor itu bagaimanapun berkata, tindakannya itu tidak bermakna beliau mempunyai rancangan untuk menyertai PAS.

Katanya, apa yang dilakukannya adalah satu usaha untuk membalas budi PAS yang telah membantunya semasa kempen pilihan raya sebelum ini.

“Saya memang ambil kesempatan ini untuk balas budi rakan-rakan saya dalam PAS. Pada PRK Ijok 2007 saya tak kenal sesiapa tapi rakan-rakan daripada PAS di Ijok, di seluruh Selangor datang tolong saya kempen pilihan raya.

“Walaupun kalah saya tetap nak berterima kasih kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan peniaga-peniaga Cina di pekan Sungai Besar, Selasa.

Turut bersama beliau adalah calon PAS, Dr Abdul Rani Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak dan AJK PAS Pusat, Sallehen Mukhyi.

Khalid tiba di lokasi kempen kira-kira pukul 5.15 petang dan meluangkan masa selama satu jam untuk beramah mesra dengan peniaga sambil menyampaikan sedikit cenderahati.

Beliau juga meminta mereka supaya mengundi Dr Abdul Rani yang disifatkannya sebagai seorang pemimpin yang akan membela nasib sesiapa pun tanpa membezakan ideologi politik atau kaum.

Mengulas lanjut sama ada beliau merancang untuk menyertai PAS, Khalid berkata, perkara itu tiada dalam perancangannya kerana kesnya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum selesai.

“Saya tak mempunyai perancangan untuk sertai mana-mana parti, bukan sahaja PAS, kerana saya ada kes dengan PKR.

“Saya telah minta Pendaftar Pertubuhan untuk tentukan sama ada penyingkiran saya daripada PKR adil atau tidak, bukan saya berminat dengan parti, tetapi saya nak satu keputusan untuk diri saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai peluang PAS untuk menang, Khalid berkata, persaingan kali ini sengit kerana berlakunya pertembungan tiga penjuru.

“Saya rasa PAS perlu kerja keras kenalkan diri mereka kepada pengundi. Itu sebab saya datang ke kawasan pengundi Cina untuk beritahu mereka (undi PAS),” katanya.

Khalid yang kini Adun Bebas Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak sebelum ini turut membantu PAS berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.




Tags / Kata Kunci: PRK Sungai Besar , Khalid Ibrahim , PAS , Umno , BN

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan