Graf Pencarian Kata Kunci 'Sungai Besar' Di Google Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar telah menyebabkan graf pencarian dengan kata kunci 'Sungai Besar' menggunakan enjin carian Google.com meningkat.

Mengikut rekod enjin carian tersebut, kata kunci 'Sungai Besar' mempunyai lebih 851,000 pautan dan keputusan sehingga berita ini ditulis pada 5 petang tadi.

Ia merangkumi pencarian rumah sewa, homestay, hotel, lokasi kedai makan, jumlah pengundi dan pecahannya, maklumat calon parti yang bertanding dan berita semasa mengenai PRK kawasan itu.

Menurut rekod itu lagi, kira-kira 300,000 keputusan berita dipaparkan dengan carian kata kunci 'Sungai Besar' itu selain carian kata kunci imej calon BN 'Budiman Mohd Zohdi' mencatatkan beribu gambar yang berkisar mengenai penamaan calon, lawatan rumah ke rumah serta kempen yang diadakan.

Turut menjadi tumpuan klik pengguna adalah dua laman sosial Facebook Budiman di budimanmohdzohdi2 dan BudimanMohdZohdi yang kini mempunyai 13,014 'like'.

Malah calon BN itu turut mendapat 'bantuan' publisiti sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat terutama pengundi Cina dengan lebih meluas menerusi laman sosial di mana satu 'Fan pages' calon BN itu dengan menggunakan karektor A-MAN ('Ah Man/Budiman').

Ia telah dikendalikan oleh sekumpulan belia pengundi Cina dari Sekinchan dengan pautan https://www.facebook.com/ahmanbudiman/

PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini bakal menyaksikan Budiman ditentang calon daripada PAS yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Meru, Dr Abdul Rani Osman manakala Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen tersebut, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PRK Sungai Besar , Google

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan