Dr Mah: Doktor Sembuhkan Pesakit, Bukan Cacatkan Orang

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 2:55 PM

Mah Hang Soon

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Doktor bertanggungjawab untuk membantu menyembuhkan orang ramai daripada penyakit dan bukannya mencacatkan mereka dengan hukuman, kata Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Dr Mah membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyamakan hukuman memotong anggota badan kerana mencuri sama seperti pemotongan kaki untuk menyelamatkan nyawa pesakit kencing manis.

"Semua pakar bedah tidak akan mengambil jalan keluar dengan memotong anggota badan pesakit kencing manis kronik. Ia adalah pilihan terakhir selepas semua alternatif lain gagal. Memotong anggota badan menjadi satu keperluan kecemasan jika bertujuan untuk menyelamatkan nyawa.

"Sebagai doktor perubatan terlatih, saya mencabar Dr Najihatussalehah Ahmad mengisytiharkan jika beliau bersedia untuk menjadi salah seorang doktor perubatan untuk melaksanakan hukuman pemotongan anggota badan seperti yang dikehendaki oleh PAS Kelantan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dr Najihatussalehah adalah calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa hudud adalah satu-satunya cara untuk membendung jenayah, seperti pemotongan kaki perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit kencing manis.

Tags / Kata Kunci: Hudud , Hadi Awang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan