BN Perak Tidak Upah Paraglider Semasa Penamaan Calon - Berita Semasa | mStar

BN Perak Tidak Upah Paraglider Semasa Penamaan Calon

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 2:11 PM

Paraglider yang membawa bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO kelihatan berlegar di udara di sekitar pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak pada 5 Jun lalu.

(Ubah saiz teks)


KUALA KANGSAR: Barisan Nasional (BN) negeri Perak tidak mengupah paraglider untuk membawa bendera parti itu semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Ahad lepas, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, pihaknya langsung tidak tahu menahu mengenai paraglider berkenaan.

"Kita tidak tahu apa-apa mengenainya dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera PRK Kuala Kangsar di sini, Selasa. 

Semalam, jurucakap polis bagi PRK Kuala Kangsar Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latiff berkata hasil siasatan awal mendapati paraglider berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Mengulas mengenai mesyuarat pada hari ini, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata ia dibuat bagi menyelaras semua program-program yang telah diatur sepanjang kempen.

PRK Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Ia bakal menyasikan pertembungan empat penjuru BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas. 

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: BN , Perak , Zambry Abd Kadir , paraglider
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan