Kinabalu: Wiranya Gugur Demi Selamatkan Nyawa Pelajar

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 11:36 AM

Jessica Veronica Sikta bersama tunangnya, Valerian Joannes.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Mereka sepatutnya berkahwin pada November lalu. Namun ikatan janji itu tidak akan dapat ditunaikan bagi jururawat, Jessica Veronica Sikta, 26.

Tunangnya, seorang jurulatih pendakian, Valerian Joannes adalah antara mereka yang maut dalam kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu pada Jun lalu.

Sikta, yang masih memakai cincin pertunangan pemberian Joannes memberitahu The Staits Times: "Saya hanya boleh bayangkan bagaimana kehidupan saya menjadi lebih cerah dengan dia yang prihatin serta bakal suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab kepada anak-anak kami.

"Walaupun tidak akan berlaku, ia masih membawa senyuman kepada wajah saya setiap kali memikirkan mengenainya."

Joannes, yang sepatutnya berumur 28 pada tahun ini adalah salah seorang daripada lima tenaga pengajar yang membimbing kumpulan pelajar sekolah melalui laluan Via Ferrata pada 5 Jun tahun lalu ketika berlakunya gempa bumi.

Kejadian itu turut meragut nyawa rakan sekerjanya, Ricky Masirin.

Sikta berkata: "Ia merupakan hari yang paling gelap dalam hidup saya dan sehingga sekarang ini pun, saya masih tidak boleh percaya ia berlaku."

Pasangan itu yang bertunang pada Disember 2014 mula mengenali antara satu sama lain ketika mereka masih remaja sekitar 2003.

Mereka bertemu di Gereja Katolik St Pius X di Bundu Tuhan, di kaki Gunung Kinabalu.

Joannes adalah pemain drum dalam kumpulan band gereja.

Bermula sebagai sahabat, mereka akhirnya menjadi kekasih.

"Dia mengajar saya untuk berbuat baik kepada orang lain dan memaafkan orang lain lain.

"Saya bersyukur dengan cinta yang kami kongsi bersama," katanya.

Joannes yang bekerja dengan Mountain Torq yang mengendalikan laluan Via Ferrata di Gunung Kinabalu, dilaporkan telah menyelamatkan murid Sekolah Tanjong Katong daripada bongkah batu semasa gempa bumi.

"Dia adalah wira saya, dan dia terbukti menjadi wira kita juga," kata Sikta.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan