Semak Sebelum Beli

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 9:40 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pengguna dinasihatkan supaya melakukan beberapa pemeriksaan sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan daripada ditipu.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah tarikh tamat tempoh, tanda harga dan perbandingan harga serta kebersihan kedai, kata Naib Presiden Persatuan Gerakan Pengguna Johor, Md Salleh Sadijo.

Kumpulan itu memeriksa 20 gerai dan beberapa cawangan perniagaan di Plaza Angsana dan pasar Larkin baru-baru ini.

"Kami menemui sebuah gerai di Pasar Awam Larkin yang menjual kira-kira 10 barangan makanan tamat tempoh.

"Malah pemilik kedai itu memaklumkan bahawa mereka masih menjual barangan yang telah tamat tempoh kerana tidak mahu makanan tersebut dibazirkan," katanya.

Tambahnya, kedai-kedai lain termasuk peniaga ayam dan sayur-sayuran serta kedai menjual baju kurung tidak mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan seperti mengabaikan arahan untuk meletakkan tanda harga.

"Ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan dengan memaparkan barangan mahal di hadapan kedai mereka tanpa tanda harga.

"Tidak kira berapa murah atau mahal barangan itu, penjual hendaklah mempamerkan harga," katanya pada sidang media selepas meninjau kedai dan gerai di pasar Larkin dan Plaza Angsana di sini.

Md Salleh berkata pihaknya akan membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tentang kelemahan yang mereka temui.

Tags / Kata Kunci: Plaza Angsana , Pasar Larkin , KPDNKK , Harga Barang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan