Maips Salur RM3.1 Juta Bantuan Aidilfitri Kepada 7,779 Asnaf Di Perlis

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) memperuntukkan bantuan Aidilfitri RM3,111,800 untuk diagihkan kepada 7,779 asnaf dalam 105 kariah di Perlis tahun ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penerima akan menerima RM400 seorang melalui amil-amil yang dilantik bertujuan meringankan beban mereka untuk menyambut Hari Raya.

Baginda yang juga Yang Dipertua Maips bertitah ketika merasmikan Masjid Al-Falah, Behor Mempelam, di sini, Ahad malam.

Pada majlis itu baginda turut melancarkan Kempen Ibadah Zakat dan Wakaf Maips melalui Perlis.FM (102.9MH).

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Khairi Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Zamri Khairuddin dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Maips Ustaz Mohd Nazim Noor turut hadir.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar umat Islam memanfaatkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan untuk memperbaiki diri dan beristiqamah dalam melakukan kebaikan.

"Mudah-mudahan Ramadan kali ini membuka lembaran baharu dalam hidup kita yang berusaha meningkatkan ketakwaan selain mengimarahkan masjid dan surau yang ada di seluruh negeri ini.

"Masjid adalah 'nadi' kekuatan umat Islam. Justeru, umat Islam seharusnya mengimarahkan masjid termasuk sebagai tempat mendidik anak-anak berjemaah menunaikan solat dalam membina kekuatan ukhuwah kaum Muslimin," titah baginda.

Baginda turut memberi peringatan agar perbezaan pendapat politik tidak dibawa ke dalam masjid yang boleh mempengaruhi masyarakat Islam sehingga menjejaskan penganut Islam.

Tuanku Syed Faizuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak membazir berbelanja dalam menyediakan juadah untuk berbuka puasa sebaliknya mengawal nafsu dan membeli sekadar keperluan sahaja.

Baginda berkenan menunaikan solat sunat tarawih bersama para jemaah yang hadir di masjid tersebut.

Tags / Kata Kunci: Maips , Asnaf , Aidilfitri

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan