Bukan Islam Tak Perlu Takut Dengan PAS, Hudud - Abdul Hadi

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 9:42 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

mStar Default Image

SUNGAI BESAR: Masyarakat bukan Islam tidak perlu takut dengan PAS  dan undang-undang Islam, tegas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu berkata, undang-undang Islam jelas memperuntukkan bahawa ia hanya terpakai untuk orang Islam tanpa melibatkan penganut agama lain.

Katanya, ramai pengundi bukan Islam salah faham dengan menganggap undang-undang Islam akan dilaksanakan terhadap mereka jika PAS memerintah negara ini.

"Nanti banyak orang kena potong tangan, kena rejam dengan batu, macam-macam dia tuduh.

"Mahkamah syariah tak boleh hukum orang bukan Islam, ini hak orang bukan Islam yang dijamin," katanya ketika berucap pada majlis bersama komuniti bukan Islam di sini, Isnin.

Abdul Hadi merujuk kepada Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

Jelasnya usul tersebut dibentangkan sebagai proses untuk memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

Mengenai isu 'dua undang-undang' yang dibangkitkan sebagai isu oleh sesetengah pihak, Abdul Hadi berkata, negara ini pada masa ini telah pun melaksanakan dua set undang-undang dalam sesetengah perkara.

"Orang Cina kahwin lain, Melayu kahwin lain...tak boleh (ada) satu undang-undang kahwin, tapi undang-undang jalan raya satu.

"Lampu isyarat hijau orang PAS saja boleh jalan, orang lain tak boleh, jadi orang bukan Islam jangan takut," katanya memberi contoh.

Ahli Parlimen Marang ini turut mengingatkan mereka yang hadir bahawa pilihan raya kali ini adalah untuk memilih wakil di Parlimen dan ia adalah amanah kepada pengundi.

"Kalau pilih Umno yang baik dia sokong, yang tak baik pun dia sokong.

"Kalau DAP dengan Amanah yang baik pun dia lawan yang tak baik pun dia lawan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , PAS , Hudud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan