Fahmi Reza Mengaku Tidak Bersalah Edit Imej PM - Berita Semasa | mStar

Fahmi Reza Mengaku Tidak Bersalah Edit Imej PM

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin selepas dia didakwa kerana menyiarkan imej yang disunting menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fahmi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Zulbahrin Zainuddin.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di alamat 35, Jalan BP 10/10, Bandar Bukit Puchong 2, Puchong di sini, jam 6 petang, 31 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan