Ramadan Lebih Bermakna, Dapat Kunci Rumah Baharu

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 7:02 AM

Khaled bersama penerima replika kunci rumah mampu milik Johor dan rumah komuniti Johor pada majlis Siap Bina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Perumahan Komuniti Johor (PKJ) bagi Projek Pembangunan di Bayu Nusantara & Penyerahan Sijil Layak Memiliki RMMJ Projek Pembangunan di Denai Nusantara di Perkarangan Bayu Nusantara, Gelang Patah. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Ketibaan Ramadan pasti lebih bermakna buat sebahagian 20 penduduk apabila mereka menerima kunci rumah baharu bagi pemilikan hartanah Bayu Nusantara daripada UEM Sunrise Berhad di sini.

Projek itu yang merangkumi dua jenis hartanah iaitu sebanyak 241 unit rumah teres Rumah Mampu Milik Johor dan 80 unit Perumahan Komuniti Johor, dilancarkan pada September 2014 melibatkan kos RM46 juta selain 30 unit rumah kedai berharga RM200,000 setiap satu.

Penyerahan kunci kepada 20 orang penerima hari ini adalah simbolik kepada siapnya pembinaan projek manakala 321 orang lagi pembeli dijangka menerima kunci masing-masing dalam masa terdekat.

Pengerusi UEM Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali berkata pembangunan projek itu adalah hasil kerjasama dengan kerajaan Johor dan ia merupakan sebahagian komitmen pihaknya untuk membangunkan sebanyak 10,000 unit rumah mampu milik.

Projek itu juga dilaksanakan di bawah Dasar Perumahan Rakyat Johor untuk merealisasikan impian rakyat, khususnya di Gelang Patah dan Iskandar Puteri, yang ingin memiliki rumah sendiri, katanya pada majlis penyerahan kunci rumah yang disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Selain projek Bayu Nusantara, kita juga sedang giat membangunkan dua lagi projek rumah mampu milik iaitu Denai Nusantara dan Gerbang Nusantara di Iskandar Puteri," kata Tajuddin.

Beliau berkata Denai Nusantara yang dijangka siap pada 2017 menawarkan 1,109 unit pangsapuri berkeluasan 1,000 kaki persegi dan 108 unit kedai satu tingkat berkeluasan 1,200 unit kaki persegi.

"Gerbang Nusantara pula bakal menyediakan sebanyak 4,752 unit hartanah terdiri daripada kediaman teres bertingkat, pangsapuri dan unit komersial," katanya.

Sementara itu, seorang daripada penerima kunci, Zainab Mohd Yasin, 57, menyatakan rasa lega kerana akhirnya memiliki kediaman yang selesa setelah 37 tahun mendiami perumahan kerajaan.

Kegembiraannya menerima kunci rumah menjelang ketibaan Ramadan turut dikongsi dengan suami, Abdul Aziz Nordin, 58, yang bertugas di sebuah hospital kerajaan di sini.

Bagi K.M Ahnathaaroo pula, ini merupakan rumah yang diimpi-impikannya selama ini dan bersyukur keinginan untuk memiliki kediaman sendirinya akhirnya terlaksana.

"Ini merupakan rumah pertama saya dan saya tidak sabar untuk berpindah ke sini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan