PRK Sungai Besar: Budiman 'Berbudi' Kepada Mangsa Kebakaran

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 7:12 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Kejadian kebakaran di Kampung Sungai Limau di sini, malam Ahad menyebabkan Budiman Mohd Zohdi terpanggil untuk ‘berbudi’ kepada keluarga mangsa.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar itu bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja selesai solat tarawih pertamanya pada Ramadan tahun ini tidak teragak-agak untuk menyampaikan sumbangan peribadinya berjumlah RM10,000 setelah bertemu mangsa yang tinggal sehelai sepinggang.

Sesuai dengan namanya yang bermaksud 'pemurah', Budiman tiba di rumah mangsa, Musolli Resad kira-kira pukul 11.30 malam Ahad sambil membawa bantuan segera seperti tikar, bantal dan selimut.

“Dari segi agensi kerajaan, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan beri bantuan.

“Untuk bantuan segera, RM10,000 sumbangan peribadi saya berikan dan lain-lain bantuan akan menyusul kemudian. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja pembersihan tapak dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, rumah papan dua tingkat yang didiami Musolli bersama isterinya, Juminah Rusdi, menantunya Baharun Misiran dan dua anak perempuannya musnah 70 peratus.

Ketika kejadian, Musolli yang juga bilal masjid bersama isteri dan menantunya sedang bersedia untuk solat tarawih apabila dimaklumkan tentang perkara itu.

Dua anaknya yang berada di rumah sempat melarikan diri setelah melihat tiga bilik tidur di tingkat atas bahagian belakang rumah mereka terbakar.

Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang berkata, beliau kenal dengan Musolli kerana mangsa sekampung dengannya dan merupakan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sebelum itu, calon Pakatan Harapan Azhar Ab Syukur turut melawat mangsa sekeluarga dan memberikan kata-kata sokongan untuk menenangkan mangsa.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar yang turut hadir berkata pihaknya akan melihat kerosakan yang berlaku pada Isnin sebelum memutuskan bantuan yang akan diberikan.

Tags / Kata Kunci: Budiman Mohd Zohdi , Musolli Resad

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan