Hudud: "Bagi Saya Menang Dulu" - Calon BN

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Pendirian calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mengenai isu hudud hanya akan diketahui selepas 18 Jun ini.

Budiman berkata,  buat masa ini beliau mahu memberi fokus untuk memenangi pilihan raya itu.


"Bagi saya menang dulu," jawabnya ringkas apabila ditanya tentang pendiriannya apabila bersidang di Dewan Rakyat berhubung isu hudud jika beliau menang dan menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar.

Terdahulu ketika diajukan soalan yang sama, Budiman berkata, isu ini lebih sesuai dijawab oleh PAS.

"Fokus saya untuk menang.

"Oleh kerana isu ini dibawa oleh PAS saya fikir penjelasan lanjut patut diterima daripada PAS," katanya.

Pada 26 Mei lalu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Abdul Hadi ketika membentangkan usul itu berkata ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Beliau kemudian mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah peraturan mesyuarat 15 (5).

Tags / Kata Kunci: Budiman Mohd Zohdi , PAS , Hudud

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan