"Apa Salahnya DAP Sokong Amanah" - Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 4:42 PM

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Parlimen Sungai Besar, Selangor kerana ia rakan sekutu dalam Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Kita sokong parti Amanah sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti Amanah.

"Satu tuduhan melulu kalau nak sebut kita ada agenda tertentu," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP menyokong calon Amanah dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar kerana parti itu mempunyai agenda seperti menghalang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Abdul Hadi berkata, tindakan Amanah bertanding dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu hanya memecahkan undi yang sepatutnya diterima calon pembangkang.

Guan Eng berkata, DAP dan Amanah mempunyai matlamat dan agenda yang sama iaitu menentang Barisan Nasional (BN).

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN Datin Mastura Mohd Yazid; Ketua Dewan Muslimat PAS, Perak Dr Najihatussalehah Ahmad; Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK Parlimen Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS diwakili Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Kedua-dua PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , DAP , Amanah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan