PRK Kuala Kangsar: "Anak Kuale Apanya Kalau Tak Mengundi Di Sini" - Mohd Kamil

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Walaupun tidak bergelar anak tempatan, namun Datin Mastura Mohd Yazit dianggap sebagai calon yang lebih mengenali bandar diraja ini berbanding pesainganya.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Mohd Kamil Shafie berkata, meskipun Mastura yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) didakwa tidak menjadi pilihan kerana bukan anak tempatan namun beliau satu-satunya calon yang mengundi di Parlimen berkenaan.


"Kalau orang nak bercakap Mastura bukan anak tempatan lebih elok mereka periksa balik. Mastura adalah satu-satunya calon yang juga pengundi di Kuala Kangsar.

"Calon lain hanya menghebohkan bahawa mereka anak kelahiran Kuala Kangsar tetapi tidak menjadi pengundi di sini. Jadi siapa sebenarnya orang Kuala Kangsar.

"Kalau nak dikirakan tapak kaki di Kuala Kangsar ini. Saya rasa tapak kaki calon BN lebih banyak dari yang lain kerana beliau telah berkhidmat di sini sejak hampir 30 tahun lalu," katanya ketika ditemui mStar Online.

Mohd Kamil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Manong memberitahu, tidak perlu diwujudkan isu anak tempatan atau tidak kerana akhrinya pengundi memerlukan pemimpin yang berjuang untuk mereka.

Tambahnya, tidak guna menjadi anak kelahiran Kuala Kangsar jika tidak mengetahui keperluan dan masalah penduduk di sini.

"Mastura adalah calon yang mengetahui masalah dan keperluan penduduk. Bukan baru tetapi sejak hampir 30 tahun lalu ketika Allyarham suaminyam  Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad berada dalam Pemuda Umno.

"Jadi, beliau adalah calon paling tepat yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk mempertahankan Parlimen yang dimenangi suaminya.

Mastura dinamakan sebagai calon PRK Parlimen Kuala Kangsar selepas suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRK berkenaan, Mastura bakal bersaing dengan tiga calon lagi iaitu  Izad Bukhary (bebas), Najihatussalehah Ahmad (PAS) dan Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara (Amanah).

Tags / Kata Kunci: Mastura Mohd Yazit , BN , PAS , Amanah , PRK Kuala Kangsar

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan