PRK Kuala Kangsar: Langkah Wan Emir Beralas Kasut Bapa

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 1:42 PM

Anak-anak Allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad iaitu (dari kiri) Wan Iskandar, Wan Imar Izzat, Wan Muhammad Ammar dan Wan Emir Astar melaungkan hidup Barisan Nasional (BN) bersama para penyokong BN selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Kuala Kangsar, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kehadiran Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di sini kelihatan sekadar mewakili ibunya, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Namun apabila ditemui, anak sulung kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad mendedahkan kehadirannya bersama tiga adiknya turut membawa semangat perjuangan bapanya di Parlimen Kuala Kangsar.

Tidak cukup dengan itu, langkah pemuda berusia 26 tahun itu lebih bermakna apabila turut memakai kasut Allahyarham.

"Saya hadir di sini bukan sahaja mewakili ibu, tetapi membawa semangat perjuangan bapa di Parlimen Kuala Kangsar.

"Oleh itu saya ingin memberitahu pengundi bahawa setiap undi mereka bukan sekadar untuk ibu, tetapi untuk Allahyarham bapa saya juga.

"Undi itu akan memberi ruang kepada ibu meneruskan perjuangan bapa terhadap pengundi dan penduduk di Parlimen ini," katanya ketika ditemui pemberita ketika proses penamaan calon di sini, Ahad.

Turut hadir bersama Wan Emir ialah tiga adiknya, Wan Imar Izzat, 25, Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar, 19, selain ditemani Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, selain pimpinan tertinggi Umno negeri dan pusat.

Mastura dinamakan sebagai calon PRK Kuala Kangsar selepas suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRK berkenaan juga Mastura bakal bersaing dengan tiga calon lagi iaitu Izad Bukhary (bebas), Najihatussalehah Ahmad (PAS) dan Dr Ahmad Termizi Ramli Amanah.

Walaupun masih berada dalam tempoh edah, namun Mastura dijangka akan mengadakan kempen secara lintas langsung menggunakan tiga buah lori yang dilengkapi skrin LED.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan