PAS Tidak Kecil Hati Digelar 'Pendekar Mustar'

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: PAS tidak berkecil hati digelar 'Pendekar Mustar' oleh pemimpin Parti Amanah Rakyat (Amanah) berikutan tindakan pemimpin parti Islam itu yang berpakaian seperti pahlawan Melayu pada perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kelantan, baru-baru ini.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu berasa bangga apabila mengenakan pakaian berkenaan.

"Ini fikiran orang yang negatif, semuanya buruk bagi dia. Kalau kita pandang dari sudut positif, maka eloklah jadinya," katanya ketika ditemui pemberita di majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Dewan Seri Bernam, di sini Ahad.

Gelaran 'Pendekar Mustar' kepada pemimpin PAS itu didakwa diberikan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ketika berceramah pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK itu di Sekinchan di sini, pada Rabu lepas.

'Pendekar Mustar' merupakan watak seorang guru silat dalam filem komedi Pendekar Bujang Lapok yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada lewat 1950-an.

Tuan Ibrahim turut menangkis dakwaan pemakaian baju itu mempunyai kaitan dengan Umno, sebaliknya menegaskan ia merupakan pakaian tradisional Melayu dan bukan milik sesebuah parti politik.

"Kalau pakaian ini pakaian Umno, maknanya semua pengantin lelaki dan pengamal silat orang Umno lah. Pakaian (tradisional Melayu) ini pun turut dipakai di majlis-majlis rasmi seperti majlis penerimaan pingat darjah kebesaran," katanya.

Pada perasmian Muktamar Pemuda PAS itu, Tuan Ibrahim bersama beberapa pemimpin kanan PAS lain seperti Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi tampil berpakaian ala pahlawan Melayu lengkap bertanjak serta menyelit keris di pinggang ketika berjalan memasuki dewan.

Pemakaian sedemikian mencetuskan kritikan daripada pemimpin Pakatan Harapan yang mendakwa PAS sudah mengikut jejak dan mempunyai kaitan dengan Umno.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukor daripada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, akan bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu. 

- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: PAS , Amanah , Pendekar Mustar , Mat Sabu , Muktamar PAS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan