PRK Kuala Kangsar: Mastura Azam Indahkan Sungai Perak

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid berazam untuk merelisasikan impian suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi mengindahkan persisiran Sungai Perak di sini.

Beliau yang muncul buat kali pertama selepas dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berkata, usaha menaiktaraf persisir Sungai Perak ke tahap antarabangsa merupakan agenda yang belum diselesaikan Allahyarham.

Berikutan itu, katanya, menjadi tanggungjawab beliau untuk meneruskan usaha murni yang dapat memberi peluang ekonomi kepada penduduk Parlimen berkenaan sekiranya dipilih oleh pengundi pada 18 Jun ini.

"Untuk pengetahuan semua, Allahyarham seorang yang cintakan air, khususnya sungai. Ketika saya bersembang dengannya, Allahyarham sentiasa menyuarakan hasratnya untuk mengindahkan persisran Sungai Perak ke tahap antarabangsa dan menjadi lokasi tumpuan pelancongan.

"Malah, arwah juga telah memulakan usaha awal ke arah itu dan segalanya akan diteruskan sekiranya saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar nanti.

"Dengan mencantikkan persisir Sungai Perak ini, arwah berpendapat penduduk Kuala Kangsar dapat menjana ekonomi dengan membuka kedai-kedai selain menyediakan pelbagai keperluan untuk pelancong. Penduduk juga akan mendapat peluang pekerjaan," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, Ahad.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manong, Datuk Mohd Kamil Shafie dan Adun Bukit Chandan, Maslinsham Razman.

Mastura menambah, beliau turut berterima kasih kepada jentera BN yang telah bekerja keras berkempen bagi pihaknya dan parti.

"Walaupun saya tidak dapat berkempen tetapi percaya kerja keras jentera parti dan kasih sayang yang telah dicurahkan Allahyarham kepada penduduk Kuala Kangsar menjadi kekuatan dalam pertembungan ini.

"Saya akan bertanding secara secara jujur dan menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan kerana saya yakin sumbangan Allahyarham dan saya selama lebih 30 tahun akan menjadi pertimbangan pengundi," jelasnya.



iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan